Sinopsis Kabus di Perbukitan

Novel Kabus di Perbukitan berkisar di sekitar kisah hidup watak utama, iaitu Faridah yang mengharungi pelbagai dugaan. Kisah bermula dengan Rahayu, adik kembar Faridah yang tiba-tiba menjerit dan jatuh pengsan. Rahayu dibawa ke hospital dan disahkan menghidap kanser paru-paru. Sebelum pengsan, Rahayu mendapat gambaran tentang musibah yang menimpa kakak kembarnya, Faridah. Faridah kemalangan ketika memandu van menuruni Bukit Fraser. Dia gagal mengawal kenderaannya kerana terkejut oleh sapaan Iqbal, kanak-kanak sindrom down. Sebagai akibatnya, van yang dipandunya terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal hilang. Usaha mencari mereka seterusnya menemukan jalan buntu.
                    
                        Ayahnya, iaitu Mejar (B) Kamarudin berusaha menjejaki Faridah dengan bantuan Buyung. Akhirnya, mereka menemui Faridah dan Iqbal di perkampungan Orang Asli. Pencarian itu berhasil berdasarkan gambaran Rahayu yang sering menyebut Bukit Fraser ketika dia meracau-racau. Faridah ditemui dalam keadaan tidak sedar dan dibawa keluar dengan helikopter untuk mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
                    
                       Ketika berada dalam keadaan bawah sedar, Faridah terperangkap dalam zaman lampau Bukit Kutu. Dia dan Iqbal ditemui oleh orang-orang Penghulu Garang dan dibawa ke rumah Tuan Cecil Renking. Faridah mencuba menyesuaikan diri dengan keadaan di sekitarnya dan berharap agar dia dapat kembali ke Sungai Besar. Rahayu meninggal dunia sebaik sahaja Faridah sedar daripada komanya yang panjang.

                      Faridah mengalami nasib malang yang bertimpa-timpa. Setelah pemergian Rahayu, ibunya pula meninggal dunia sesudah sekian lama menderita masalah kesihatan. Suaminya, Ghazali meninggal tidak lama kemudian setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Takdir telah membawanya ke New Zealand apabila dia ditawarkan untuk berkursus selama enam bulan. Disana, Faridah telah menemui jodohnya. Dia berkahwin dengan Soleh Johnson dan dikurniakan dua orang puteri, iaitu Anne dan Melina yang juga kembar. Faridah memutuskan untuk menetap di New Zealand dan membina keluarga di sana.

                     Walaupun sudah 25 tahun menetap di New Zealand, kenangan Faridah pada kampung halamannya tidak pernah pudar. Anak gadisnya, Melina dikahwinkan dengan seorang hartawan berketurunan Arab yang dikenali sebagai Benny. Setelah berkahwin, Benny membawa Melina ke Marang, Terengganu kerana mengusahakan syarikat milik keluarganya di luar pantai Terengganu. Anne pula berkenalan dengan pemuda dari Malaysia, Zain yang menuntut di New Zealand dan membuat kerja sambilan di pusat penyembelihan yang dimiliki oleh Soleh Johnsons.

                     Faridah akhirnya pulang ke kampung halaman setelah 25 tahun meninggalkannya. Faridah bertemu dengan Datuk Azrul, teman rapat Rahayu. Ketika itu Daruk Azrul dan isterinya datang ke rumah Faridah untuk membincangkan hubungan antara Zain dan Anne. Kedua-dua anak mereka kemudiannya disatukan dalam suatu majlis yang meriah. Hubungan kedua-dua keluarga semakin rapat apabila Datuk Azrul dan Soleh Johnsons bekerjasama membangunkan sebuah kawasan yang dijadikan sebuah pusat peranginan. Faridah bersyukur dapat pulang dan kembali membina jati diri di tanah air.



Sekian Terima Kasih, From Hazwan, to Hazwa :) Saya Sayang Awak Seorang Sahaja :)

No comments:

Post a Comment